<$Selasa, 10 Mac 2009$>
PALESTIN – TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Oleh : Siti Hajar Fatimah Adnan Firman Allah s.w.t: “Maha suci Allah s.w.t yang telah memperjalankan hambanya [Muhammamad] pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya,agar Kami perhatikan kepadanya sebahagian tanda kebesaran Kami,sesungguhnya Kami maha mendengar ,maha melihat.” (Al-Isra’:1) Palestin merupakan salah satu bumi yang penuh dengan keberkatan.Di sana terdapat Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam. Al-Aqsa merupakan destinasi isra’ pertama Nabi Muhammad s.a.w dan juga tempat bertolaknya mi’raj baginda ke langit. Selain itu ia adalah bandar suci yang ke 3 bagi umat Islam selepas Makkaktul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah. Namun Israel telah membuka tirai awal tahun 2009 ini dengan memerangi umat Islam di Gaza, Palestin melalui jalan udara,darat dan sebagainya. Mereka telah melakukan pembunuhan yang kejam keatas orang awam, termasuklah wanita, orang tua dan kanak-kanak tanpa rasa belas kasihan.Sehingga ke hari ini dilaporkan bilangan penduduk yang telah syahid mencecah hampir 6000 orang setelah hampir sebulan serangan berlaku. Kekacauan dan penindasan yang dilakukan oleh Yahudi di tanah rakyat Palestin sejak tahun 1900-an masih berlaku sehingga kini. Dahulunya sewaktu pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai agama, bahasa dan bangsa dapat hidup dengan aman dan selamat selama lebih kurang 400 tahun. Penyembelihan dan pembunuhan yang di¬lakukan dengan penuh kejam yang berterusan sehingga ke hari ini, bermula apabila kawasan tersebut jatuh ke dalam dominasi British dan ditambah pula dengan keinginan untuk me¬wujudkan negara Yahudi yang merdeka yang mana negara Palestin telah di dakwa oleh Yahudi adalah tanah asal kelahiran mereka. Pada awal 1900-an, populasi Yahudi adalah kurang dari 10 peratus berbanding keseluruhan populasi Palestin. bermula dengan 10 peratus daripada keseluruhan populasi dua dekad yang lalu, kini menjadi 30 peratus pada tahun 1939. Kawasan pendudukan Yahudi turut berkembang selaras dengan pertambahan populasinya. Dan pada 1947, pemilikan tanah di Palestin oleh rakyat Yahudi adalah dalam 6%. Apabila negara Israel telah ditubuhkan, mereka merampas 90% daripada jumlah tanah Palestin.Ini merupakan satu kekejaman yang berlaku keatas umat Islam di Palestin. Orang-orang Yahudi berpendapat bahawa mereka merupakan "bangsa terbaik", yang telah dipilih oleh Tuhan dan bangsa selain Yahudi dianggap setaraf dengan binatang(qoyim),oleh kerana itu mereka harus tunduk dan percaya bahawa adalah menjadi hak asasi semula jadi rakyat Yahudi untuk tinggal di atas tanah yang dijanjikan (palestin), Yahudi berhak melakukan segala kekejaman dan pe¬nindasan untuk menghapuskan mana-mana pihak yang cuba menentang mereka. Untuk melaksanakan matlamat mereka iaitu menubuhkan dan meluaskan negara Israel,mereka telah memaksa rakyat palestin untuk meninggalkan tanah yang mereka duduki selama beratus-ratus tahun dan berpindah ke kem-kem pelarian umat Islam Palestin, mereka dihalau dari rumah-rumah mereka tanpa sebarang justifikasi diajukan dan telah ditembak serta diserang, kediaman mereka dirobohkan serta tanah dan kebun dirampas. Sehingga kini bilangan mereka yang hidup di kem-kem pelarian termasuk di negara-negara jiran seperti Lebanon, Jordan dan Syria berjumlah 3.5 juta orang. Mereka yang hidup dalam kem-kem pelarian ini sentiasa dibayangi dengan ketakutan kerana sering mengalami serangan bersenjata oleh kumpulan yahudi. Kini, bilangan Yahudi di seluruh dunia telah mencecah hampir 12 milion. Mereka yang terkenal dengan sifat perkauman, kuat berusaha dan bekerja bertujuan untuk menghapuskan dan memecahkan perpaduan umat Islam,meskipun pelbagai cara.Sebagai contoh,Syarikat-syarikat mega seperti McDonald,KFC, Nestle dan sebagainya merupakan syarikat yang dimiliki oleh Yahudi, mereka menggunakan keuntungan yang diperolehi dengan menyalurkan kepada badan ketenteraan Israel untuk memerangi dan menjatuhkan umat Islam.Contohnya, Nokia merupakan salah sebuah syarikat yang terbesar yang menjadi pelabur utama kepada Israel.Pengurus besar Nokia Lars Wolf berkata dalam satu temubual dengan The Jerusalem Post (4 March 2001): Kami memang benar-benar tertumpu pada Israel daripada semua perspektif kerana kami ada sebuah projek yang dalaman bernama 'Project Israel' yang bermaksud kita melihat Israel daripada satu rangkaian-rangkaian perspektif, daripada perspektif Nokia Ventures Organization, dan juga dari perspektif Nokia Research Center ". Firman Allah s.w.t: “Dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan redha kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka.Katakanlah sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu,tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong bagi Allah.” (Al-Baqarah:120) Oleh itu,masalah yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin bukan menjadi tanggungjawab keatas penduduk palestin sahaja,bahkan ianya menjadi tanggungjawab serta satu kewajipan bersama bagi umat Islam keseluruhan. Sabda Rasulullah s.a.w : “Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang islam,maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang islam)” Justeru,setiap individu muslim harus memikirkan bagaimana cara untuk menyalurkan bantuan atau mencari jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah yang berlaku keatas umat Islam di Palestin. Sabda rasulullah s.aw:” Jihad merupakan amalan yang lebih utama selepas solat fardhu”. Sekatan yang dilakukan oleh pemimpin negara dan arena politik dunia menyebabkan umat Islam lain tidak dapat menyalurkan bantuan dari segi ketenteraan kepada umat Islam Palestin.Namun Jihad mempunyai skop yang luas,ianya bukan hanya tertumpu kepada medan peperangan sahaja bahkan saluran bantuan dari segi kewangan,doa,qiamullail,memboikot barangan Israel merupakan salah satu dari wasilah jihad. Allahyarham As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pernah berkata: “Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami?seketika nanti kalian akan mendengar tentangan peperangan besar keatas kami dan ketika itu akan terus merdiri dengan tertulis didahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh,bukan mati dalam keadaan melarikan diri.Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami,wanita-wanita,orang-orang tua, dan pemuda- pemuda” Sabda Rasullallah s.a.w: “Sesama muslim itu bersaudara,oleh itu jangan menganiya dan jangan mendiamkan diri Allah akan memperhatikannya. Sesiapa yang melapangkan satu kesulitan sesama muslim,niscaya Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi keaiban seorang muslim allah akan menutupi keaibannya pada hari kiamat.”( Bukhari dan muslim.) Sumber Rujukan : 1.Al-Quran 2.Laman web-http//.www.harunyahya.com 3.Laman web-http//.www.Al-Quds.com 4.Laman web-http//.www.palestin.com 5. Buku “Gerakan Freemasonary Orentalisme Kristianisasi”, oleh Hj Nik Azran/Hj Mohd Mahadi. Label: GLOBAL |
posted by PMTIS at 5:15 PG
Catat Ulasan