<$Selasa, 24 Februari 2009$>
PERANAN ULAMA DALAM GERAKAN PEMBEBASAN PATTANI
Oleh : Siti ‘Aisyah Adnan Pengenalan Thailand merupakan salah satu negara Asia Tenggara yang terletak disebelah utara Malaysia dan bersebelahan dengan selatan Myanmar (Burma). Umat Islam secara demografinya adalah golongan minoriti namun begitu penting kerana empat negeri bahagian selatan yang berjiran dengan Malaysia iaitu Pattani, Yala, Narathiwatt,Songkhla dan Satun memiliki sejarah keagamaan dan kebudayaan Islam yang utuh ditambah dengan kemunculan ulama-ulama besar yang bersatu dalam gerakan menuntut wilayah autonomi dari kerajaan Thailand. Negeri-negeri bahagian selatan ini bagaimanapun terpaksa mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang berpusat di Bangkok antaranya bertutur di dalam bahasa Thai dan mempelajari adat resam masyarakat Siam yang majoritinya menganut agama Budha bermazhab Teravada. Secara umumnya agama Budha mempengaruhi keseluruhan tingkah laku penduduk Thai khususnya dalam bidang pendidikan dan upacara-upacara rasmi kerajaan. Patung-patung Vihara , Sudartha Budha Gautama dan pelbagai lagi simbol karut aliran Teravada boleh ditemui di mana-mana.Pada tahun 1947 Haji Sulong menubuhkan Pattani People Movement (PPM) yang mendapat sokongan penuh dari golongan agamawan selepas beliau dilantik menjadi Ketua Majlis Hal Ehwal Islam Wilayah Selatan. Beliau turut dikenali sebagai “Bapa Perjuangan Pattani” kerana dengan tegas menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Thai ketika itu Thavan yang berisi Tujuh Permintaan hasil perbincangan dengan PPM. Antara Tujuh Permintaan itu adalah: Melantik seorang pemimpin beragama Islam di wilayah-wilayah Pattani menerusi plihanraya yang bebas dengan hak autonomi yang luas. Bahasa Melayu diajarkan kepada kanak-kanak berumur tujuh tahun sebelum diterapkan bahasa siam. Hasil tani tempatan digunakan untuk penduduk Pattani sahaja. Tulisan dan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi. Mahkamah Sivil tidak berhak mencampuri urusan yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah. Pegawai kerajaan terdiri daripada 80% Melayu-Muslim,mengikut jumlah penduduk di wilayah terbabit. Mengiktiraf identiti masyarakat Melayu-Muslim dan ketuanannya sebagai Bangsa Melayu Pattani. Bagaimanapun Haji Sulung tidak menuntut kedaulatan penuh sebuah negara merdeka secara mutlak yang jelas akan memecahkan polisi yang telah termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang Thailand tetapi memadailah sebuah wilayah autonomi yang membolehkan mereka mempertahankan identiti dan budaya sebagai Melayu-Muslim, disebabkan Pattani pernah menjadi salah satu pusat penyebaran Islam terkemuka di Asia Tenggara pada awal abad ke-17 hasil kedatangan saudagar-saudagar Arab ke Thailand pada abad ke 10. Ternyata kerajaan Thai pimpinan Thavan Thamrongnavasawat bertindak biadap dengan menolak keseluruhan usul yang di hantar oleh Haji Sulong menyebabkan keadaan menjadi tegang apabila beliau bangun menentang kerajaan. Namun keadaan menjadi jernih sedikit apabila terjadinya rampasan kuasa yang menyaksikan Pridi Bhanomyong menaiki takhta menggantikan Thavan Thamrongnavasawat. Beliau menerima keseluruhan memorandum yang dihantar kecuali usul yang meminta untuk menjadikan Pattani sebuah wilayah autonomi. Tetapi, keadaan menjadi tegang kembali apabila Pibul Songkram bangun menjawat tampuk pemerintahan yang pernah didudukinya sebelum ini dengan menggulingkan Pridi Bhanomyong. Sebaik sahaja peralihan kuasa berlaku, Pibul Songkaram mengangkat senjata melawan Haji Sulong dan rakan-rakannya yang menyebabkan ratusan penduduk melayu-muslim terbunuh dan selebihnya melarikan diri ke Semenanjung Malaya. Natijahnya ia mendapat perhatian masyarakat antarabangsa dan menjadi tekanan politik kepada Thailand hingga akhirnya masalah melayu-muslim di Pattani ini dibawa ke persidangan PBB dan Liga Arab. Namun ia hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga dan berpura-pura memberitahu dunia bahawa mereka prihatin dengan apa yang terjadi kepada masyarakat muslim-Pattani tetapi yang nyata sehingga hari ini isu kekejaman dan diskriminasi tangan-tangan Siam-Budha yang dahagakan darah golongan minoroti melayu-muslim tidak pernah berkesudahan bahkan bertambah buruk dan menakutkan. PENUTUP Antara kata-kata Haji Sulong yang masyhur dan membekas dalam diri rakyat Pattani adalah: “Sekiranya saya seorang ahli politik yang berniat jahat menghasut dan menentang kerajaan sebagaimana yang dituduh itu, maka saya tidak akan menitiskan air mata walaupun setitik”. RUJUKAN: 1) Esei bertajuk: Gerakan pemisah:Thailand dan Sri Lanka,satu perbandingan. 2) Makalah bertajuk: Masalah Islam di Thailand. Disusun oleh: Rahayu Dwi Prastiti,Tri Widodo,Defi Anggraeni dan Nur Anisa. 3) Makalah : Prosiding Nadwah Ulama' Nusantara 111 Ketokohan dan dan pemikiran Ulama'. Diselenggara oleh: Farid Mat Zain,Jaffay Awang,Rabithah Mohd Ghazali. Oleh: Saifullah Mohd Sawi. 4) Tamadun dan Sosio-Politik Melayu Pattani. Oleh: Nik Anuar Nik Mahmud dan Mohd Zamberi A.Malek. Label: FOKUS |
posted by PMTIS at 4:32 PTG
Catat Ulasan